Khamis, 7 Februari 2013

Malaysia 0-2 Qatar






HAMPA 

Hanya itu yang mampu terluah dari bibir ini saat menerima khabar berita mengenai kekalahan Harimau Malaya kepada Qatar.
Namun! Kekecawaan itu agak terubat sedikit apabila kita sendiri dapat melihat ada sedikit peningkatan dari Harimau Malaya apabila sekadar kalah 0-2 pada Qatar berbanding kalah malu 0-3 kepada Iraq.
Peningkatan terbaik yang ditunjukkan apabila pasukan kebangsaan menunjukkan rentak garang dengan melakukan beberapa serangan sengit kepada Qatar meskipun tidak berpeluang menjaringkan gol.
Khairul Fahmi Che Mat atau Apex diantara jentera paling menjadi perhatian apabila dapat bertahan sepanjang masa pertama. Namun beliau sempat dipermainkan dengan rentak 'helah' Qatar. Terpancar kekecewaan beliau disaat wisel penamat dibunyikan.
Rentak Fadli Shas juga menjadi perhatian pada perlawanan hari itu, apabila berkerjasama dengan begitu hebat bersama Khairul Fahmi.
Yang pasti kekecewaan itu bukan sahaja dapat dirasai oleh penyokong-penyokong dan Ultras Malaya, namun turut dirasai oleh pemain-pemain sendiri.
Kalah menang, adat perlawanan. Yang tetap kita akan sentiasa menyokong pasukan HARIMAU MALAYA.

Tak peduli apa orang apa orang nak kata..
Tak peduli walau bukan juara...
Kami bangga jadi anak MALAYSIA...
Kami rela mati pertahankannya...

Selamanya HARIMAU MALAYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan