Isnin, 11 Februari 2013

Ultras Malaya Ekor Harimau Malaya




Saya rasa umum juga sudah mengenali siapa itu Ultras Malaya. Salah sebuah pasukan penyokong tegar Harimau Malaya yang tiada tandingan. Kedatangan mereka didalam dunia penyokong bola sepak kebangsaan memberikan impak yang begitu besar kedalam diri pemain-pemain kebangsaan. 
Chants-chants mereka bukan sahaja membakar semangat malah memberitahu kepada para pemain Harimau Malaya bahawa mereka [Ultras Malaya] akan sentiasa berdiri dibelakang Harimau Malaya walau apa pun yang berlaku.
Baru-baru ini kita menerima kekecewaan yang agak besar apabila kalah didalam perlawanan pertama ketika menentang Qatar didalam aksi Piala Asean 2015. Pada perlawanan itu kita tewas dengan 0-2. Sebelum itu pasukan Harimau Malaya terlebih dahulu tumpas dengan Iraq didalam aksi persahabatan yang membawa pulang skor 0-3.
Namun tanpa sedar Harimau Malaya sudah mula menunjukkan peningkatan untuk menjunam pihak lawan. Tapi siapa yang sedar perkara itu berlaku? Ultras Malaya lah yang menyedari, sebaliknya Ultras Malaya dan Harimau Malaya terpaksa menutup telinga dari mendengar umpat keji pengkritik-pengkritik tegar bola sepak tempatan.
Pada 22 march 2013 sekali lagi Malaysia akan bertemu pihak lawan iaitu Yemen. Yang amat pasti Ultras Malaya lah diantara yang pertama akan memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya. Kalah menang Harimau Malaya nanti mereka tidak akan berganjak walau setapak, kerana satu sahaja sebab...

ULTRAS MALAYA EKOR HARIMAU MALAYA.....

TAK PEDULI APA ORANG NAK KATA..
TAK PEDULI WALAU BUKAN JUARA...
KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA..
KAMI RELA MATI PERTAHANKANNYA..

Khamis, 7 Februari 2013

Malaysia 0-2 Qatar






HAMPA 

Hanya itu yang mampu terluah dari bibir ini saat menerima khabar berita mengenai kekalahan Harimau Malaya kepada Qatar.
Namun! Kekecawaan itu agak terubat sedikit apabila kita sendiri dapat melihat ada sedikit peningkatan dari Harimau Malaya apabila sekadar kalah 0-2 pada Qatar berbanding kalah malu 0-3 kepada Iraq.
Peningkatan terbaik yang ditunjukkan apabila pasukan kebangsaan menunjukkan rentak garang dengan melakukan beberapa serangan sengit kepada Qatar meskipun tidak berpeluang menjaringkan gol.
Khairul Fahmi Che Mat atau Apex diantara jentera paling menjadi perhatian apabila dapat bertahan sepanjang masa pertama. Namun beliau sempat dipermainkan dengan rentak 'helah' Qatar. Terpancar kekecewaan beliau disaat wisel penamat dibunyikan.
Rentak Fadli Shas juga menjadi perhatian pada perlawanan hari itu, apabila berkerjasama dengan begitu hebat bersama Khairul Fahmi.
Yang pasti kekecewaan itu bukan sahaja dapat dirasai oleh penyokong-penyokong dan Ultras Malaya, namun turut dirasai oleh pemain-pemain sendiri.
Kalah menang, adat perlawanan. Yang tetap kita akan sentiasa menyokong pasukan HARIMAU MALAYA.

Tak peduli apa orang apa orang nak kata..
Tak peduli walau bukan juara...
Kami bangga jadi anak MALAYSIA...
Kami rela mati pertahankannya...

Selamanya HARIMAU MALAYA..